Wednesday, March 10, 2010

Langsuir + Sial = Langsial !


Jangan terkeliru dengan tajuk.Apa yang ingin aku ceritakan sekarang ialah tentang sebuah makhluk yang bernama Langsuir. Korang pernah dengar tak pasal makhluk neh? Atau lebih fames dikenali sebagai hantu?! Hehe.Pernah ke korg terserempak dengan makhluk neh? Sebelum neh aku just dengar cerita-cerita org psl makhluk neh. Tinggi beliau lebih kurang tinggi pinggang aku la. Ala tinggi aku pun just 152 so korg agak2 la tinggi dea berapa. Rambut plak...Kalau cakap pasal makhluk neh rambut diorg neh kadang2 mengalahkan rambut manusia. Panjang bukan main. Tapi aku ta sure ah dea tiap bulan g rebonding tak. Haha. Ok2! Dah melalot.

Nak dijadikan cerita.. Pada 9/3/2010 bersamaan semalam aku mengalami 1 pengalaman yang sampai saat neh aku susah nak singkirkan dari fikiran aku. Masih berdebar2 lagi jantung aku neh. Huish~

Petang tuh aku memang bantai tidur baeekk punye. Then malam tuh agak susah la aku nak lelapkan mata.Kira-kira dalam area kol 1 lebih pagi baru aku lena dibuai mimpi. Tengah2 syok mimpi,tiba2 aku terdengar bunyi anjing menyalak gile kuat & aku yakin anjing itu terletak hanya diluar dinding bilik kuh. Aku yang tidur mati neh pun bole terkezut tahap gaban bangun dari tidur. Dup Dap Dup Dap jantungku berdegup ah ah ah {versi amalina dangdut}.

Instinct mengatakan ada langsuir & anjing diluar bilik neh.Dan aku kompem neh mesti area kol 3 pagi. Sebab time2 cmneh lah pun klimaks diorg.Aku pun konon nak cool down baca lahh ayat-ayat suci terutamanya Ayat Kursi. Tapi tak lame lepas tuh aku terdengar bunyi yang pelik. Sayup-sayup kedengaran seperti ada budak yang menangis.Tapi aku biarkan je. Konon-konon buat lek lagi. Anjing tuh plak dok menyalak2 kuat gile tak henti-henti. Aku rasa macam nak sumbat tuala je kat tekak dea kasi diam. Hey anjing! ko kalau nampak diam-diam sudeyh lahh. Kasi wa cuak lu tawu.Haish~ Tapi takpe,aku masih dalam emosi yang boleh di control. Bak kata Mat Salleh,everything is under control.

Aku pun masih lagi meneruskan bacaan Ayat Kursi tanpa henti.Tak lama lepas tuh,anjing tuh dah berhenti menyalak. Aku ingatkan dah setel. Tapi tak lama lepas tuh aku dengar bunyi macam ayam. Macam neh " kruk kruk kruk".
p/s : korang bunyikan lah sendiri.

Pada mulanya otak aku yang pending neh fikir "oh ayam kowt"
Tapi tiba2 muncul idea yang munasabah lagi munasarawak " Eh mana ada ayam kat sini".
Dan dan time tuh plak aku teringat orang kata bunyi langsuir memang macam ayam,cume bunyi dea lain sikit. Fuh!!

Aku mula untuk berfikiran positif. Ok ok nabila! Stop it!

Tangan aku pun mula meraba-raba hp yang ku letakkan di bawah bantal beserta hands free sekali. Rasanya degupan jantungku lebih laju dari orang yang berlari saat neh.Aku cuba untuk tidak takut tapi aku takut!!! grrrr! Bacaan ayat kursi yang dari tadi terkumat kamit di bibirku mula berterabur.Ntah hape-hape aku baca. Aku cume fikir sekarang nak dengar ayat kursi kt hp & aku follow dea baca. Mungkin itu lebih baik. Ok! jumpa hp. Jam tertera di hp 3.11 am. Dalam hati aku " Hah! memang cun! instinct aku sangat tepat.huh! SIAL ! ".Aku start pasang baccan ayat kursi tuh.Berapa puluh kali aku baca surah tuh pun aku tak sure. Ta cukup dengan tuh,aku pun pasang la Surah Ya'asin kuat2 sebab aku tak nak dengar bunyi-bunyi yang merepek repek lagi merapik tuh. Bacaan surah Ya'asin tuh tak berhenti ku ulang sehinggalah aku terlelap semula.

Keesokan paginya,aku pun cerita lah kat jiran sebelah bilikku. Mereka pun dengar hal yang sama.Yang menyakinkan aku lagi tentang apa yang aku dengar malam tadi bila tiba2 kawan aku ckp " Haah. Hari tuh budak blok baru nampak langsuir kt belakang tuh.Nangis2 dea nampak hantu tuh". Fuhh!

Tuesday, March 2, 2010

Kenapa hantu keluar malam?


Kalau kita tengok dalam filem mahupun drama,selalunya hantu mesti keluar waktu malam je ye tak? Siang takde pulak tunjuk muka sangat.Kenapa agaknya ya? Hehe. Nak tawu? Sila baca selanjutnya.

TAK KENA PANAS
Hantu ni bukannya ada duit.Walaupun toyol pandai cari duit,tapi duit tu bukannya untuk dia pun.Kalau dah takde duit,maknenya hantu-hantu neh tak mampu la nak beli kipas @ aircond.Kalau dah takde kipas,keluar siang-siang nanti takut panas.Nak selamat,diorang pun keluar lah waktu malam.Tentu2 sejuk.

NAMPAK LEBIH SERAM
Jeng jeng jeng! Haa..kalau hantu keluar waktu siang,orang tak takut sangat.Silap hari bulan,orang bantai gelak plak nanti.Tapi bila keluar malam,lainlah ceritanya.Baru ar nampak seram.Senang cerita,diorang neh suka berasimilasi dengan waktu malam lahh.

TAK BOLEH TIDUR
Sebenarnya kebanyakkan hantu neh mengalami simptom insomnia iaitu tidak boleh tidur malam.Nak hilangkan bosan,diorang pun keluar lahh menyakat orang.Alah,Batman pun kadag-kadang tidur malam jugak kalau dah takde kerja sangat nak buat.

NAK BAGI PENGAJARAN
Hantu-hantu neh sebenarnya tak lah jahat sangat.Manusia lagi jahat.Malam-malam asyik merempitlah,merompaklah,mencurilah,buat maksiat lah.Bila siang,takde orang buat bende-bende mcm tuh.Tu pasallah hantu menyakat waktu malam sebab nak suruh korg balik tidur kt rumah.

MALU DENGAN MASYARAKAT
Hantu-hantu neh kebanyakkan bermuka hodoh.Ada yang sopek biji mata,ada yang berkedut-kedut kulit muka,ada yang gigi panjang cm sea lion.Kalau keluar malam,orang tak nampak jelas sangat.Kadang-kadang diorg bagi kte tengok sipi-sipi je.Takpun sekali imbas je dah cukop sebab diorang neh pemalu sebenarnya.


p/s ; Korang baca boleh,percaya jangan. hehe

Thursday, February 18, 2010

Perempuan & Masakan





Perempuan & Masakan memang sinonim.Macam bagai isi & kuku?! Mungkin jgk?! Eh,entahlerr.Aku tibai jerr neh.Aku rasa menyesal pemeriksa paper SPM,bagi aku A1.Haha.Okay2! Berbalik pada topik tadi.Memang perempuan selalu dikaitkan dengan masak-memasak neh.Kalau kita renung balik masa kecik-kecik dulu mainan bdk perempuan yang paling fames ialah "main masak-masak".Habes la daun-daun pokok tepi rumah dipetiknya.Hee.


Aku tanak cerita pasal orang len tapi ini lebih fokus pada diri aku sendiri.Aku mula pegang senduk masa Tingkatan 4.Okay-okay aku tawu agak terlambat.Aku rasa perempuan lain dari darjah lagi dah pandai goreng ikan kowt.Hm,to be honest,aku memang tak berapa pandai memasak.Bukanlah tak reti langsung.Tapi tak berapa reti lahh.Aku lagi senang menghafaz sejarah dari menghafaz resepi-resepi masakan.Aku pun tak tahu kenapa.Padahal bila aku tengok mak aku masak,simple je pun.Tapi cube try sendiri tengok? Jahanam!

Aku penah dengar orang cakap kalau pasangan tu 2 2 pandai dalam sesuatu bab,nanti anak mereka ta se"pro" mereka lahh.Tapi ta tahu lahh sejauh mana kebenaran ayat neh.Terpulang lahh kt korang nk menilai macammana.Aku ingat lagi masa sekolah dulu,selalu kene bebel dengan parents sbb math dapat teruk.Diorang selalu kata masa diorg sekolah dulu tak pernah dapat math 98 kebawah.Tapi aku? Standard form dpt 60 lbh kebawah.Haha.Tapi aku tak faham napa tiba-tiba aku amik kos akaun.Tapi so far,akaun ok la.Ehh,aku dah melalot.Berbalik pada topik kita tadi..

Aku kalau masak simple simple mcm masak lemak,masak kicap,masak merah,masak paprik,sup-sup tu boleh lagi lahh..Tapi kalau masuk bab masak kari?rendang?masak 3 rasa?! Memang haram jadah aku tak reti.Berbuih la mulut mak aku ajar aku masak tapi tak masuk-masuk gak dalam kepala otak aku neh.Aku ada gak cari inisiatif len..So,tiap kali aku tolong mak aku masak,semua akan ku catit.Nota aku sangat detail taw.Sampaikan berapa besar sengkuang yang diperlukan dalam masakan pun aku lukis.Haha.

Tapi tu la..Tiap kali nak masak je,aku kene refer buku balik..Tak best lahh cmneh..Aku teringin gak,main campak campak terus jadi.. Pergh! Heaven doe cmtuh.Hm,menurut cerita kawan seangkatan aku,diorg tak la belajar masak sangat detail mcm aku.Diorang campak campak masuk kuali,terus jadi.Ntah apa yang korang campak dalam kuali tuh pun aku tak tawu lahh.

Kalau dah masak mesti akan ada orang yg comment.Comment takpe,kalau complain?Cakap pasal complain,tak payah cakap ah.Dah selalu kena.Lagi-lagi dengan abah aku.Tapi aku dah biasa.Biasa ar,mana ada orang terus-terus hebat kn?Mesti la ada kenangan-kenangan pahit disebalik tu.

Tapi walau apa pun,aku akan cuba perbaiki masakan aku dari semasa ke semasa.Kalau tak,malang lahh kepada sesape yang kahwin dengan aku nanti.HAHA. Apa-apa pun. Fighting!!

Tuesday, December 29, 2009

Okayy.. Aku rasa Boo-Ooo-San sgtt hari neh.. Ta taw nk buat apa && ta sabar rasanya nk ke Sem 4.. hee ;)

Nk dijadikan cerita,lepas solat maghrib,tiba-tiba terlintas idea nk melukis.. Pulak tuh,ternampak plak crayon spe ntah.. Haa,pe lg.. Aku pown memulakan aktiviti melukis..

Taraa !!!
Neh la lukisannya.. Hahaa.. Mama ckp lukisan neh mcm aku ;)
Sebelum
&
Selepas

Hee :)
Lepas tuh,aku tag photo neh kt sume yg aku nk tag ;)
Thanks dear readers ;)
Take care.

Monday, November 30, 2009

2010.. It's time to change !


Last semester is the end of "main-main".Im not serious in study,i didnt do homework & i used to copy cat my friend's work.It is not like when i was in semester 1 & 2,every nite i will revised what i've learn on the day topping up with a tones of account question.But when it comes to semester 3,i feel demoralize.May be because of so many things happen in the beginning of the semester.1st,i cant adopt myself with the new roomate which i never know them before.They are all kelantanese [bukan untuk membangkitkan isu negeri].When i am with them,i feel like an alien.You know how it feel?huh! it's suck! && that's ruin my mood to study for the whole semester!
[fakta @ auta?]

Next is about my account lecturer,she's so kind && firm..She's not strict,hence it doesnt matter if i didnt do her homework.And padan lahh muka aku account sem neh dpt A-.Sebelum2 neh ta pernah dpt A- pown.Sob3.Ehhh,dont misunderstood,i didnt blame her.
What im trying to say here is i used to have a strict account lecturer before &



im lovin it (:


Moreover,i didnt coped with studies especially costing.Costing is totally differ with financial accounting & im nearly give up of studying costing.


I think that's enough & i dont want to mention the other reasons.

It will seem like i am a bad carpenter who blame his tool.

But

Now i realised.

Life will be dull if there is no difficulties

What i've experienced last semester is a process of learning about life.Luckily,my GPA for semester 3 not so bad,i guess? Btw,Thanks god.

So,this year,2010,i am going to go through 2 more semester to get my Diploma In Accountancy.Insya-Allah.. Oops! not forgotten,3 months of practical to complete the course (:

This 2 semester gonna be a bloody tough or may be a killer sem!
For me,its mean more effort.more numb3rs.more tears && more sleepless nite.
I wont repeat my previous mistake & i dont want to regret what i've done.
Like people always said


"Let bygones be bygones".


Here i am,promise to myself to put more effort on studies,no more sit at the back & talking while lecturer teaching,i will always sit in front in the class && give full concentration.

My aim for this year is not to repeat any subject && maintain GPA 3.8 above.

Pray for me (:


In this picture Khairun Nazalia [red Baju Kurung]
She is my close friend & also my biggest competitors.

Here,i am wishing you best of luck dear! Im sure the next 2 semester gonna be a stiff competition between both of us.But Let's have a win-win situation.
Sama2 maintain COPA sampai habes weyy!!

AND


I wish to have a guys as one of my competitors.It's not only im the only one who wish this but Naza too.Actually,both of us wish to have DIA guys as our competitor.

So

DIA guys! WAKE UP! And show to all of us that you can!
2010,It's time to change !


Last but not least,no matter what,i will do my best in life.
In 10 years,i hope i've become an accountant with "ACCA" title.



Thanks for reading (:
Take care.

Sunday, November 29, 2009

Life through my eyes ^_^



I remember when i was younger
Life was so much easier
no problems to worry about
living life without a single doubt

But now,
Everything has changed
I feel like i am living in a cage
In a world filled with rage
Where i have to act my age

I dont want to grow up so fast
But there's no turning back
I am going toward the future
Which i'm wishing to stay in the past

Time is moving quickly
And im starting to fear
About the uncertainty of the future
And i am still standing right here

I know im only 19
And there's much more to come
I know i cant never run or escape
from all those things
But i'll try my best to appreciate life
So i wont regret later on

But life is never perfect
No matter how much i have tried
Or how much i have cried
Many things that i have wanted
I could never get

Sumtimes,
I wish i dont have a heart nor feelings
Cz its hurt once you are fall
But it seems worthless to have a heart
If you dont feel all those pain
Cz all those experience
Having value too great to be measured

But still,
I want back those years
Where memories & photographs
Are the only i have now
For remembrance

So,as time flies
My worries growing bigger in size
But no matter what
I promise myself
To always make the best out of my life

Becausei know
That life is never fair
And things may not go on my way
But i'll just have to be brave
To put the past behind me
And say to myself
Yesterday will always be yesterday

Saturday, November 28, 2009

1st entry for my blog


Eceh.. 1st entry mestilah kena kenal2 dulu kan?

Okayy..

ku diberi nama Nabila pada tanggal 6 Oktober 1990 iaitu 19tahun yang lalu.

Menurut cerita abah,dia kata sepatutnya nama aku Nadia bukanlah Nabila tapi mak aku nak sangatt nama Nabila.So,abah pun beralah lahh..

Tapi nape tak letak je 2 2 nama kan? Bukankah itu lebih adil?

Disebabkan aku nak jugak ada 2 2 nama.So,ada a few kawan aku yang panggil aku "nad" (:

Cakap pasal nama,nama aku memang lahh tersangatt pendek..Tiada Nur,Nurul mahupun
Siti..

Hanya Nabila binti Mazlam..

Erm..

i got 4 siblings & im the eldest && the only daughter in this family..
let me tell you sumthing,korg ingt bestt kah jadi satu-satunya anak perempuan dlm keluarga?! dimanjakan? apa nak semua dapat?
heh! jangan mimpi..
Menjelang je cuti semester,muka neh jugakk lahh yang jadi "maid" kt rumah.
&& kalau aku nak sesuatu, i need to prove to them that i deserve it..Baru lahh boleh dpt..

Hobi??

Hobi aku simple je..
Hanya ada 5 huruf..
Cuba korg teka ape??

hah...

hah..

kalau jwpm korg ialah tidur? yahh! 10 markah untuk anda :)

Aku memang suka tidur.Kalau korg nak tahu? Itu pun kalau nak tahu lahh..
Hehe..Hobi neh telah ku praktikkan sejak dari baby lagi.
Abah kata dr dulu kalau naik kereta tak sempat masuk gear 2 aku dah tidur..

See?? betapa senangnya aku bole tidur??! :)

& actually hobi neh berterusan sampai sekarang.
haha.teruk betul lahh den neh..

Dalam sesetengah hal,aku agak pelik & i admit it. Antaranya :
1.Cara pegang pen & menulis
- kepada mereka2 yang pernah tengok macam mana aku pegang pen,mereka tahu lahh &&
soalan paling fames diorg tanya ialah "macammana ko pegang pen tu?"

nak tahu apa aku jawab?
disebabkan aku dah muak diajukan soalan2 yang sama tiap kali,jadi aku akan jawab sebegini
" ko orang ke 101 yang tanya :) "

2. 1 perkara yang aku pelik tentang diri aku ialah bila aku pindah je ke sekolah baru,aku mesti
akan terjatuh & kejadian itu akan disaksikan oleh ramai pelajar2 lain.

Haiyoo! malu ohh!

Kalau dikira ada dekat 5 sekolah aku pindah dari tadika.Cuba korg bayangkan berapa banyak
kali aku dah termalu sebab jatuh kt sekolah?

Tapi bila teringat balik rasa kelakar plakk..hehe

3. Ada tak antara korg neh yang tuang teh kt atas mihun pastu makan??

errr....

mungkin takde kowt.

cume aku jer yang buat perkara neh.

tapi aku suke ohh..sedappp..

mungkin korg boleh try nt (:

Okayy..cukup cerita pasal perkara pelik tentang diri aku.Nanti kalau aku cerita lebih2 korg kata aku alien plakk.

huu~

Sebenarnya aku seorang yang pemalu.Korg percaya tak?

Tak percaya,sudehh..

Aku menjadi seorang yang pendiam bila berhadapan dengan orang yang tak ku kenali @ tak biasa dengan org tuh.

Orang jugak beranggapan yang aku sombong!

heh~

tak sombong pun sebenarnya,cuma segan

TAPI..

bila aku dah biasa dengan org tuh..Bersiap sedialah..

"Korg tak payah cakap,biar aku sorg jer yang cakap"

Aku takkan bagi chance kt korg utk bercakap,aku jer yang akan bercakap tanpa henti.

Haha

Cakap pasal sombong, aku dah dengar ramai yang cakap aku sombong..

Biarlahh aku terangkan disini...
Aku sebenarnya tak sombong pun.Kalau korg jauh dari aku tapi korg senyum,aku tak balas.Tuh bukan apa..Aku sebenarnya rabun.Tak nampak la plakk korg senyum.So,sorry ek tak senyum balik.haha.Korg mesti tertanya2[ buat-buat la tanya] kalau dah tahu rabun nape tak pakai spect? Hm..sebabnya ialah aku tak berapa reti pakai spect dengan tudung..heh~

Lagi 1,aku memang dianugerahkan muka sombong.
So,aku tak bole ubah.

If u make friend with me then u'll know The Real Nabila Mazlam.

Aku rasa dah panjang lebar aku berceloteh,jadi setakat ini sajalahh mengenai diri aku~

thanks for reading (:

daa~