Tuesday, March 2, 2010

Kenapa hantu keluar malam?


Kalau kita tengok dalam filem mahupun drama,selalunya hantu mesti keluar waktu malam je ye tak? Siang takde pulak tunjuk muka sangat.Kenapa agaknya ya? Hehe. Nak tawu? Sila baca selanjutnya.

TAK KENA PANAS
Hantu ni bukannya ada duit.Walaupun toyol pandai cari duit,tapi duit tu bukannya untuk dia pun.Kalau dah takde duit,maknenya hantu-hantu neh tak mampu la nak beli kipas @ aircond.Kalau dah takde kipas,keluar siang-siang nanti takut panas.Nak selamat,diorang pun keluar lah waktu malam.Tentu2 sejuk.

NAMPAK LEBIH SERAM
Jeng jeng jeng! Haa..kalau hantu keluar waktu siang,orang tak takut sangat.Silap hari bulan,orang bantai gelak plak nanti.Tapi bila keluar malam,lainlah ceritanya.Baru ar nampak seram.Senang cerita,diorang neh suka berasimilasi dengan waktu malam lahh.

TAK BOLEH TIDUR
Sebenarnya kebanyakkan hantu neh mengalami simptom insomnia iaitu tidak boleh tidur malam.Nak hilangkan bosan,diorang pun keluar lahh menyakat orang.Alah,Batman pun kadag-kadang tidur malam jugak kalau dah takde kerja sangat nak buat.

NAK BAGI PENGAJARAN
Hantu-hantu neh sebenarnya tak lah jahat sangat.Manusia lagi jahat.Malam-malam asyik merempitlah,merompaklah,mencurilah,buat maksiat lah.Bila siang,takde orang buat bende-bende mcm tuh.Tu pasallah hantu menyakat waktu malam sebab nak suruh korg balik tidur kt rumah.

MALU DENGAN MASYARAKAT
Hantu-hantu neh kebanyakkan bermuka hodoh.Ada yang sopek biji mata,ada yang berkedut-kedut kulit muka,ada yang gigi panjang cm sea lion.Kalau keluar malam,orang tak nampak jelas sangat.Kadang-kadang diorg bagi kte tengok sipi-sipi je.Takpun sekali imbas je dah cukop sebab diorang neh pemalu sebenarnya.


p/s ; Korang baca boleh,percaya jangan. hehe

2 comments: