Wednesday, March 10, 2010

Langsuir + Sial = Langsial !


Jangan terkeliru dengan tajuk.Apa yang ingin aku ceritakan sekarang ialah tentang sebuah makhluk yang bernama Langsuir. Korang pernah dengar tak pasal makhluk neh? Atau lebih fames dikenali sebagai hantu?! Hehe.Pernah ke korg terserempak dengan makhluk neh? Sebelum neh aku just dengar cerita-cerita org psl makhluk neh. Tinggi beliau lebih kurang tinggi pinggang aku la. Ala tinggi aku pun just 152 so korg agak2 la tinggi dea berapa. Rambut plak...Kalau cakap pasal makhluk neh rambut diorg neh kadang2 mengalahkan rambut manusia. Panjang bukan main. Tapi aku ta sure ah dea tiap bulan g rebonding tak. Haha. Ok2! Dah melalot.

Nak dijadikan cerita.. Pada 9/3/2010 bersamaan semalam aku mengalami 1 pengalaman yang sampai saat neh aku susah nak singkirkan dari fikiran aku. Masih berdebar2 lagi jantung aku neh. Huish~

Petang tuh aku memang bantai tidur baeekk punye. Then malam tuh agak susah la aku nak lelapkan mata.Kira-kira dalam area kol 1 lebih pagi baru aku lena dibuai mimpi. Tengah2 syok mimpi,tiba2 aku terdengar bunyi anjing menyalak gile kuat & aku yakin anjing itu terletak hanya diluar dinding bilik kuh. Aku yang tidur mati neh pun bole terkezut tahap gaban bangun dari tidur. Dup Dap Dup Dap jantungku berdegup ah ah ah {versi amalina dangdut}.

Instinct mengatakan ada langsuir & anjing diluar bilik neh.Dan aku kompem neh mesti area kol 3 pagi. Sebab time2 cmneh lah pun klimaks diorg.Aku pun konon nak cool down baca lahh ayat-ayat suci terutamanya Ayat Kursi. Tapi tak lame lepas tuh aku terdengar bunyi yang pelik. Sayup-sayup kedengaran seperti ada budak yang menangis.Tapi aku biarkan je. Konon-konon buat lek lagi. Anjing tuh plak dok menyalak2 kuat gile tak henti-henti. Aku rasa macam nak sumbat tuala je kat tekak dea kasi diam. Hey anjing! ko kalau nampak diam-diam sudeyh lahh. Kasi wa cuak lu tawu.Haish~ Tapi takpe,aku masih dalam emosi yang boleh di control. Bak kata Mat Salleh,everything is under control.

Aku pun masih lagi meneruskan bacaan Ayat Kursi tanpa henti.Tak lama lepas tuh,anjing tuh dah berhenti menyalak. Aku ingatkan dah setel. Tapi tak lama lepas tuh aku dengar bunyi macam ayam. Macam neh " kruk kruk kruk".
p/s : korang bunyikan lah sendiri.

Pada mulanya otak aku yang pending neh fikir "oh ayam kowt"
Tapi tiba2 muncul idea yang munasabah lagi munasarawak " Eh mana ada ayam kat sini".
Dan dan time tuh plak aku teringat orang kata bunyi langsuir memang macam ayam,cume bunyi dea lain sikit. Fuh!!

Aku mula untuk berfikiran positif. Ok ok nabila! Stop it!

Tangan aku pun mula meraba-raba hp yang ku letakkan di bawah bantal beserta hands free sekali. Rasanya degupan jantungku lebih laju dari orang yang berlari saat neh.Aku cuba untuk tidak takut tapi aku takut!!! grrrr! Bacaan ayat kursi yang dari tadi terkumat kamit di bibirku mula berterabur.Ntah hape-hape aku baca. Aku cume fikir sekarang nak dengar ayat kursi kt hp & aku follow dea baca. Mungkin itu lebih baik. Ok! jumpa hp. Jam tertera di hp 3.11 am. Dalam hati aku " Hah! memang cun! instinct aku sangat tepat.huh! SIAL ! ".Aku start pasang baccan ayat kursi tuh.Berapa puluh kali aku baca surah tuh pun aku tak sure. Ta cukup dengan tuh,aku pun pasang la Surah Ya'asin kuat2 sebab aku tak nak dengar bunyi-bunyi yang merepek repek lagi merapik tuh. Bacaan surah Ya'asin tuh tak berhenti ku ulang sehinggalah aku terlelap semula.

Keesokan paginya,aku pun cerita lah kat jiran sebelah bilikku. Mereka pun dengar hal yang sama.Yang menyakinkan aku lagi tentang apa yang aku dengar malam tadi bila tiba2 kawan aku ckp " Haah. Hari tuh budak blok baru nampak langsuir kt belakang tuh.Nangis2 dea nampak hantu tuh". Fuhh!

Tuesday, March 2, 2010

Kenapa hantu keluar malam?


Kalau kita tengok dalam filem mahupun drama,selalunya hantu mesti keluar waktu malam je ye tak? Siang takde pulak tunjuk muka sangat.Kenapa agaknya ya? Hehe. Nak tawu? Sila baca selanjutnya.

TAK KENA PANAS
Hantu ni bukannya ada duit.Walaupun toyol pandai cari duit,tapi duit tu bukannya untuk dia pun.Kalau dah takde duit,maknenya hantu-hantu neh tak mampu la nak beli kipas @ aircond.Kalau dah takde kipas,keluar siang-siang nanti takut panas.Nak selamat,diorang pun keluar lah waktu malam.Tentu2 sejuk.

NAMPAK LEBIH SERAM
Jeng jeng jeng! Haa..kalau hantu keluar waktu siang,orang tak takut sangat.Silap hari bulan,orang bantai gelak plak nanti.Tapi bila keluar malam,lainlah ceritanya.Baru ar nampak seram.Senang cerita,diorang neh suka berasimilasi dengan waktu malam lahh.

TAK BOLEH TIDUR
Sebenarnya kebanyakkan hantu neh mengalami simptom insomnia iaitu tidak boleh tidur malam.Nak hilangkan bosan,diorang pun keluar lahh menyakat orang.Alah,Batman pun kadag-kadang tidur malam jugak kalau dah takde kerja sangat nak buat.

NAK BAGI PENGAJARAN
Hantu-hantu neh sebenarnya tak lah jahat sangat.Manusia lagi jahat.Malam-malam asyik merempitlah,merompaklah,mencurilah,buat maksiat lah.Bila siang,takde orang buat bende-bende mcm tuh.Tu pasallah hantu menyakat waktu malam sebab nak suruh korg balik tidur kt rumah.

MALU DENGAN MASYARAKAT
Hantu-hantu neh kebanyakkan bermuka hodoh.Ada yang sopek biji mata,ada yang berkedut-kedut kulit muka,ada yang gigi panjang cm sea lion.Kalau keluar malam,orang tak nampak jelas sangat.Kadang-kadang diorg bagi kte tengok sipi-sipi je.Takpun sekali imbas je dah cukop sebab diorang neh pemalu sebenarnya.


p/s ; Korang baca boleh,percaya jangan. hehe

Thursday, February 18, 2010

Perempuan & Masakan





Perempuan & Masakan memang sinonim.Macam bagai isi & kuku?! Mungkin jgk?! Eh,entahlerr.Aku tibai jerr neh.Aku rasa menyesal pemeriksa paper SPM,bagi aku A1.Haha.Okay2! Berbalik pada topik tadi.Memang perempuan selalu dikaitkan dengan masak-memasak neh.Kalau kita renung balik masa kecik-kecik dulu mainan bdk perempuan yang paling fames ialah "main masak-masak".Habes la daun-daun pokok tepi rumah dipetiknya.Hee.


Aku tanak cerita pasal orang len tapi ini lebih fokus pada diri aku sendiri.Aku mula pegang senduk masa Tingkatan 4.Okay-okay aku tawu agak terlambat.Aku rasa perempuan lain dari darjah lagi dah pandai goreng ikan kowt.Hm,to be honest,aku memang tak berapa pandai memasak.Bukanlah tak reti langsung.Tapi tak berapa reti lahh.Aku lagi senang menghafaz sejarah dari menghafaz resepi-resepi masakan.Aku pun tak tahu kenapa.Padahal bila aku tengok mak aku masak,simple je pun.Tapi cube try sendiri tengok? Jahanam!

Aku penah dengar orang cakap kalau pasangan tu 2 2 pandai dalam sesuatu bab,nanti anak mereka ta se"pro" mereka lahh.Tapi ta tahu lahh sejauh mana kebenaran ayat neh.Terpulang lahh kt korang nk menilai macammana.Aku ingat lagi masa sekolah dulu,selalu kene bebel dengan parents sbb math dapat teruk.Diorang selalu kata masa diorg sekolah dulu tak pernah dapat math 98 kebawah.Tapi aku? Standard form dpt 60 lbh kebawah.Haha.Tapi aku tak faham napa tiba-tiba aku amik kos akaun.Tapi so far,akaun ok la.Ehh,aku dah melalot.Berbalik pada topik kita tadi..

Aku kalau masak simple simple mcm masak lemak,masak kicap,masak merah,masak paprik,sup-sup tu boleh lagi lahh..Tapi kalau masuk bab masak kari?rendang?masak 3 rasa?! Memang haram jadah aku tak reti.Berbuih la mulut mak aku ajar aku masak tapi tak masuk-masuk gak dalam kepala otak aku neh.Aku ada gak cari inisiatif len..So,tiap kali aku tolong mak aku masak,semua akan ku catit.Nota aku sangat detail taw.Sampaikan berapa besar sengkuang yang diperlukan dalam masakan pun aku lukis.Haha.

Tapi tu la..Tiap kali nak masak je,aku kene refer buku balik..Tak best lahh cmneh..Aku teringin gak,main campak campak terus jadi.. Pergh! Heaven doe cmtuh.Hm,menurut cerita kawan seangkatan aku,diorg tak la belajar masak sangat detail mcm aku.Diorang campak campak masuk kuali,terus jadi.Ntah apa yang korang campak dalam kuali tuh pun aku tak tawu lahh.

Kalau dah masak mesti akan ada orang yg comment.Comment takpe,kalau complain?Cakap pasal complain,tak payah cakap ah.Dah selalu kena.Lagi-lagi dengan abah aku.Tapi aku dah biasa.Biasa ar,mana ada orang terus-terus hebat kn?Mesti la ada kenangan-kenangan pahit disebalik tu.

Tapi walau apa pun,aku akan cuba perbaiki masakan aku dari semasa ke semasa.Kalau tak,malang lahh kepada sesape yang kahwin dengan aku nanti.HAHA. Apa-apa pun. Fighting!!